Cara-cara Menarik Minat Pelajar untuk ke Pusat Islam
Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan satu-satunya masjid yang dibina bagi memudahkan para staf dan para pelajar untuk menunaikan kewajipan iaitu mendirikan solat. Bukan setakat untuk solat, Pusat Islam juga boleh dijadikan tempat untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan sebagai satu platform merapatkan ukhwah diantara umat islam. Pusat Islam di Politeknik Sultan Azlan Shah telah dibina dengan tujuan untuk memudahkan para staf dan pelajar untuk beribadah, justeru dapat menggalakkan lebih ramai orang supaya meringankan kaki mereka untuk menjejaki Pusat Islam. Tetapi malang, semakin hari kedatangan para staf dan para pelajar ke Pusat Islam semakin berkurangan. Dalam hadis ada menyebut:
“Tidakkah
aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat?
Para sahabat menjawab, ‘Ya, wahai Rasulullah’, sabda Baginda: ‘Banyak langkah
ke masjid dan menunggu satu solat selepas satu solat. Itu adalah ikatan’.”
Jadi
didalam blog ini kami ingin menyenaraikan antara cadangan kami yang dapat
meningkatkan dan menarik minat ramai orang untuk datang ke Pusat Islam. Antara
cadangan kami ialah dengan pada setiap 2 kali sebulan, Pusat Islam haruslah
menganjurkan pertandingan perlawanan futsal. Cadangan ini khususnya ditumpukan
kepada golongan muda kerana golongan muda yang akan mengambil alih segala
tanggunggjawab,bak kata peribahasa “ melentur buluh,biarlah dari rebungnya”.
Dengan cara ini, kami berasa bahawa anak muda akan lebih tertarik untuk datang
ke Pusat Islam. Melalui cara ini juga dapat menarik minat anak muda untuk
datang ke Pusat Islam dan dapat melahirkan sikap yang rajin bagi mengujungi
Pusat Islam. Cadangan ini juga bukan sahaja dapat menarik anak muda tetapi
boleh juga menarik minat orang berusia dan kanak-kanak.
Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ
Maksudnya:
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.
Cadangan
kami yang lain ialah menyediakan taman permainan bagi kanak-kanak dan menyediakan
perkhidmatan menjaga kanak-kanak. Melalui inisiatif ini ia dapat memudahkan
para staf yang mempunyai anak kecil untuk menunaikan ibadah di Pusat Islam dan
inisiatif ini juga dapat menenangkan hati para ibubapa kerana tidak perlu risau
akan keselamatan anak mereka. Kami juga bercadang agar Pusat Islam mengupah
pelajar wanita yang uzur untuk menjaga dan menguruskan perkhidmatan bagi
menjaga kanak-kanak ini. Selain dari masalah kekangan masa, para staf juga
kurang hadir datang ke Pusat Islam disebabkan oleh mempunyai anak kecil dan
mereka beranggapan, sekiranya mereka membawa anak kecil mereka datang ke Pusat
Islam bersama, mereka risau akan menggangu jemaah lain untuk beribadah. Jadi
dengan wujudnya cadangan sebegini, ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan
bilangan jemaah yang hadir ke Pusat Islam.
![]() |
Taman Permainan bagi anak-kanak di Masjid |
Selain itu, kami bercadang agar Pusat Islam menjemput penceramah selebriti untuk menyampaikan ceramah.Ini kerana, bagi mengelakkan para staf dan juga para pelajar bosan, sekiranya pihak pengurusan Pusat Islam memanggil penceramah dari luar untuk menyampaikan ceramah seperti Heliza Helmi, Alif Teega, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi, ia secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar dan staf untuk menghadiri ceramah dan mengunjungi Pusat Islam.Selain dapat menarik minat orang ia juga dapat memberikan pengalaman baru kerana setiap penceramah pastinya mempunyai pelbagai cerita yang berbeza untuk dikongsikan.Secara tidak langsung kita juga dapat mempelajari atau mengetahui sesuatu ilmu yang baru kerana kita sebagai manusia dituntut menimba ilmu selagi bernafas.
![]() |
Ceramah Perdana Fiqh Wanita yang Disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha |
Seterusnya,
jadikan Pusat Islam sebagai tempat untuk para pelajar melepak. Bagi menjayakan
lagi cadangan pihak pengurusan Pusat Islam haruslah menyediakan sebuah
televisyen disudut tertentu yang dilengkapi dengan astro, mini cafe,menyediakan
wifi yang berkelajuan tinggi dan menyediakan permainan video yang diletakkan
didalam bilik yang tertentu. Cadangan sebegini dilakukan bukan untuk memenuhi
kehendak pelajar tetapi cadangan ini diwujudkan kerana ada kebaikannya.
Kebaikannya ialah apabila pelajar menjadikan Pusat Islam sebagai tempat
melepak, apabila semasa pelajar sedang melepak di Pusat Islam dan ketika itu
azan berkumandang secara tak langsung mereka juga akan turut ikut untuk solat
berjemaah.
Akhir
sekali, cadanganya ialah Pusat Islam haruslah menganjurkan pelbagai aktiviti
yang dapat menarik minat pelajar. Contoh aktivitinya ialah pidato tentang
kerasulan, tadarus al-quran, khatam al-quran, selawat qasidah dan banyak lagi.
Setelah menjalankan aktiviti-aktiviti ini pihak pengurusan Pusat Islam haruslah
meyediakan hadiah bagi pemenang. Dengan adanya aktiviti ini Pusat Islam akan
menjadi lebih meriah dengan penyertaan ramai pelajar.
![]() |
Program Tadarus Al-Qur'an |
Sampai disini sahajalah blog kami mengenai cara menarik minat para pelajar dan staf untuk mengimarahkan lagi Pusat Islam. Jika bukan kita umat islam ini yang mengimarahkan masjid,siapa lagi? Dengan cadangan-cadangan ini In Sha Allah usaha untuk menarik ramai orang datang ke Pusat Islam berhasil. Sekian terima kasih. Assalammualaikum!